Hitman 3

Hitman 3 (digayakan HITMAN III) ialah permainan stealth yang dibangunkan dan diterbitkan oleh IO Interactive untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, Stadia (di bawah tajuk Hitman: World of Assassination), dan Nintendo Switch[1] pada 20 Januari 2021.[2] Ini merupakan ansuran utama kelapan dalam siri Hitman dan entri terakhir dalam trilogi World of Assassination, selepas Hitman (2016) dan Hitman 2 (2018).[3] Kisah mod pemain tunggal ini menyimpulkan plot-plot yang dimulakan di Hitman, dan mengikuti pembunuh upahan yang lahir dari kejuruteraan genetik Agent 47 dan sekutunya ketika mereka memburu pemimpin Providence, pertubuhan rahsia yang mengawal urusan dunia. Hitman 3 mendapat ulasan positif daripada pengkritik.

Rujukan

WikiPedia: Hitman 3 http://www.ioi.dk/hitman-3-nintendo-switch/ http://www.ioi.dk/hitman-3-physical-editions/ http://www.ioi.dk/hitman-3-pre-order/ https://www.gamesindustry.biz/articles/2021-01-24-... https://www.gamesindustry.biz/articles/2021-01-27-... https://cloudywithachanceofgames.com/hitman-3-now-... https://www.gameinformer.com/2020/12/31/io-interac... https://www.gameinformer.com/exclusive-video/2021/... https://www.gameinformer.com/review/hitman-3/hitma... https://www.gamespot.com/reviews/hitman-3-review-p...